Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MUN2019 catat potensi jualan RM30 juta


Tarikh kemaskini: 01/09/2019




KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Acara Minggu Usahawan Nasional (MUN2019) yang berakhir hari ini berjaya mencatat potensi jualan sebanyak RM30 juta dengan 245 sesi padanan perniagaan menerusi program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nasional setakat petang semalam.

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dalam satu kenyataan hari ini berkata acara julung kali diadakan bermula 29 Ogos lepas, juga telah mengumpul jualan tunai melebihi angka RM1.5 juta.

Bertemakan ‘Usahawan Wira Ekonomi,’ MUN2019 yang dianjurkan MED turut bertujuan memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara serta terbukti mendapat sambutan dengan kehadiran hampir 45,000 pengunjung serta usahawan.

Selain itu, MED yang turut memberi tumpuan terhadap industri halal, mengadakan beberapa siri acara Pocket Talks dan Halal Lab yang dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Jabatan Standard Malaysia dan institusi pengajian tinggi tempatan. 

"MED turut berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi program Siswapreneur yang bertujuan melahirkan usahawan dalam kalangan penuntut dan lulusan IPT dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, pertanian, agrikultur, teknologi kejuruteraan, teknologi komunikasi dan maklumat, industri kreatif dan multimedia, sukan dan sebagainya," katanya.

Bazar Jualan Harga Patut Koperasi yang diterajui oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang juga agensi MED telah diuruskan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan mencatat jualan tunai RM6,700 menerusi penjualan barangan harian dan dapur pada harga 10-15 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. 

Bazar yang disertai oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bersama 43 koperasi ini memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan harga terbaik sempena bulan kemerdekaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel