Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dekati diri dengan Al-Quran, nasihat Tokoh Maal Hijrah Johor


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





JOHOR BAHRU, 1 Sept -- Bekas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, Ishak Abd Hamid yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 2019, meminta ibu bapa supaya menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup anak mereka sejak kecil lagi.

“Jadilah orang yang berilmu dan jangan biar sampai anak lupa kepada al-Quran. Belajarlah (membaca) al-Quran walaupun hanya huruf Alif, Ba, Ta. Belajarlah juga al-Quran meskipun sudah kita tua kerana ia bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat.

“Kita tidak boleh hanya dengar orang mengaji, mesti belajar,” kata Ishak, 77, yang berasal dari Pontian.

Pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah  itu berdasarkan jasa dan sumbangan beliau yang berkhidmat kepada kerajaan negeri dan masyarakat sejak tahun 1977. 

Berikutan pengiktirafan berkenaan, beliau menerima hadiah RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang disampaikan Menteri Besar Johor  Datuk Dr Sahruddin Jamal pada sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel