Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan sebar perkara musnahkan keharmonian di media sosial - Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





PUTRAJAYA, 1 Sept -- Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1441H/2019M Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh Bayyah menyeru umat Islam supaya tidak menyebarkan sesuatu di media sosial yang boleh memusnahkan kedamaian dan keharmonian dalam kalangan umat Islam. 

Shaykh Abdallah, 84 yang juga presiden Forum Memperkasakan Keamanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menasihatkan umat Islam supaya  sentiasa mengutamakan keamanan melalui dasar rahmah supaya tidak timbul kekecohan lebih-lebih lagi dalam cabaran dunia semasa Islam dengan media sosial dan fitnah  akhir zaman. 

"Usaha yang dibawa oleh kerajaan Malaysia hari ini melalui dasar rahmatan lil alamin dan maqasid syariah adalah tepat pada masa dan tempatnya.

Saya menyeru supaya usaha ini disambut oleh semua pihak di negara ini tidak kira peringkat umur dan bangsa," katanya kepada pemberita dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Melayu selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. 

Menurut Shaykh Abdallah, beliau akan mewujudkan satu kerjasama padu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa selepas ini untuk mempromosikan kedamaian dan keamanan kepada dunia Islam seluruhnya. 

"Semoga usaha ini akan menjadi penyumbang kepada dunia Islam," kata Shaykh Abdallah yang juga Pengerusi Majlis Fatwa UAE. 

Pada majlis hari ini Shaykh Abdallah menerima wang tunai RM100,000 dari kerajaan Malaysia. Beliau turut menerima RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi beserta pingat serta sijil penghargaan dari kerajaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel