Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air di Penjara Sungai Buloh pulih


Tarikh kemaskini: 01/09/2019




KUALA LUMPUR,  1 Sept -- Gangguan bekalan air di Penjara Sungai Buloh sejak Selasa (27 Ogos) akibat paip pecah telah pulih dan rutin di penjara itu kembali seperti biasa. 

Seorang jurucakap penjara itu ketika dihubungi Bernama berkata bekalan air pulih semalam apabila masalah kebocoran paip utama di situ  ditangani oleh pihak berkenaan.

“Bekalan air telah pulih sepenuhnya pada 2 petang Sabtu. Tiada lagi kekurangan bekalan air  seperti yang dilaporkan oleh media hari ini,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh gangguan, pihak penjara menerima bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi kegunaan penghuni dan dapur penjara.

Sebuah portal berita melaporkan tentang maslah kekurangan air yang teruk di Penjara Sungai Buloh sejak lima hari lepas sehingga menyukarkan kehidupan seharian para penghuni.

Laporan itu memetik seorang peguam Hannan Ishak sebagai berkata gangguan bekalan air itu menyukarkan penghuni penjara untuk ke tandas, membersihkan diri dan menunaikan solat. 

Hannan menceritakan tentang keadaan yang dialami oleh anak guamnya yang kini ditahan reman di penjara Sungai Buloh itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel