Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat dua beradik lemas di muara Sungai Sepang ditemukan


Tarikh kemaskini: 01/09/2019





SEPANG, 1 Sept -- Mayat dua beradik yang lemas selepas dihanyutkkan arus deras ketika mandi di muara  Sungai Sepang, di sini Sabtu (31 Ogos) ditemukan hari ini. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataannya berkata, mayat Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14, ditemui pagi ini sementara mayat adiknya Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, ditemukan pada 1.40 petang. 

"Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh nelayan. Mayat Muhammad Hafiz ditemukan pada jarak 150 meter dari lokasi kejadian sementara mayat Siti Nuralya ditemukan pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian. 

"Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil mayat berkenaan dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya lagi. 

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua mangsa yang mandi bersama empat yang lain iaitu dua adik lelaki mereka yang berusia sembilan dan tujuh tahun serta dua orang sepupu dikhuatiri lemas pada kira-kira 3.30 petang selepas dipercayai tergelincir dan dibawa arus sungai.

Empat lagi iaitu dua adik mangsa dan dua sepupu berjaya menyelamatkan diri. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel