iPmJapaIUKU Kedai barangan antik di Kuala Pilah terbakar
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedai barangan antik di Kuala Pilah terbakar


Tarikh kemaskini: 02/09/2019





KUALA PILAH, 2 Sept -- Seorang penjual barangan antik dan alat permainan terpaksa berputih mata apabila kedai berusia 10 tahun miliknya musnah dalam satu kebakaran  Ahad malam.

Mangsa, Low Boon Tick, 38  mengalami kerugian kira-kira RM25,000 setelah kedai dua tingkat yang terletak di Jalan Tung Yen itu terbakar pada pukul 9 malam.

 ??“Antara barang yang terbakar ialah radio lama, piring hitam dan lain-lain barangan antik. Barangan mainan itu saya tak kisah sebab ia senang di cari tetapi untuk barangan antik, saya sedikit terkilan memandangkan ia amat susah dicari,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Seramai lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daripada Balai Kuala Pilah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.22 malam tadi.

Kebakaran melibatkan bahagian tengah tingkat bawah bangunan kedai berkenaan dengan 40 peratus daripadanya terbakar.

Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zakaria Ramli yang mengetuai operasi berkenaan berkata api dapat dipadam sepenuhnya sejam kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel