Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Permainan tradisional antara tarikan Karnival Hari Malaysia di Batu Pahat


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





BATU PAHAT, 3 Sept  -- Masyarakat di daerah ini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti permainan tradisional dalam Karnival Hari Malaysia dan Merdeka@Komuniti Harapan Malaysia Komuniti Banang sempena sambutan Hari Malaysia tidak lama lagi.

Program anjuran  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banang itu yang akan diadakan pada 14 Sept ini di Taman Evergreen Height, dekat sini bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan penduduk daerah ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum.

Pengerusinya Foo Kok Hing berkata antara permainan terbabit termasuk congkak, dam haji, sepak raga, silat dan beberapa lagi yang lain, di mana penyertaannya tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja.

“Kita buka penyertaan ini kepada semua kaum dengan sasaran 1,000 orang menyertai pertandingan ini berserta dengan beberapa acara sampingan yang lain seperti demontrasi kebakaran, larian, senam robik dan aktiviti kecergasan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, di sini, hari ini.

Menurut Foo, masyarakat setempat juga berpeluang memeriksa mata secara percuma menerusi  program khidmat komuniti sosial (CSR) pada karnival itu.

Program yang julung kali diadakan itu, turut mendapat kerjasama daripada Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Zon 13, Kolej Komuniti Batu Pahat, Rotary Club Batu Pahat, LCB Tour dan E Meng Optical.

 -- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel