Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKN bersiap siaga di Pasir Gudang sepanjang UPSR


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





JOHOR BAHRU, 3 Sept -- Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan berada dalam keadaan siap siaga  terutama kakitangannya di dua Klinik Kesihatan (KK) di Pasir Gudang, sebagai menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini ketika berlangsungnya  peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata dua klinik yang akan berada dalam keadaan berjaga-jaga  itu ialah itu Klinik Kesihatan Masai dan Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

“Ya, kita akan bersiap siaga  esok tetapi bukan di sekolah sebaliknya di KK Masai dan Pasir Gudang untuk menentukan semuanya okay,” kata beliau yang ditemui media pada Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI) di Kawasan Wabak Denggi di Taman Damai Jaya, Skudai, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada pihaknya (Jabatan Kesihatan) akan menempatkan kakitangan di sekolah itu berikutan ada kebimbangan insiden murid mengalami pening, sesak nafas, dan muntah akibat terhidu bau busuk, berulang.

Kali terakhir insiden seumpama itu berlaku adalah pada 28 Ogos lepas, melibatkan seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, bagaimanapun tiada mangsa yang dirujuk ke hospital kerana dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan daripada klinik kesihatan.

Minggu lepas, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang baru sahaja juga menyatakan akan memberi cuti kepada kira-kira 11,300 murid darjah 1 hingga 5 dari 12 sekolah ‘hotspot’ insiden pencemaran udara di Pasir Gudang sepanjang peperiksaan itu berlangsung.

Sekolah terbabit ialah Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SK Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, SK Kota Masai, SK Pasir Gudang 4, SK Taman Bukit Dahlia, SK Taman Megah Ria, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Rinting 3, SK Pasir Gudang 1, SK Pasir Gudang 3 dan SK Kota Masai 3. 

Semua sekolah ini terletak kira-kira lima kilometer radius dari kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang Jasni Omar dilaporkan sebagai berkata pemberian cuti bermula 4 hingga 11 Sept itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Sepanjang peperiksaan itu berlangsung, hanya ada 2,175 calon UPSR sahaja akan berada di sekolah, menurutnya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel