Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lori terbakar, trafik bergerak perlahan dari Terowong Menora ke Ipoh


Tarikh kemaskini: 03/09/2019





IPOH, 3 Sept -- Trafik bergerak perlahan dari Terowong Menora menuju ke Ipoh akibat sebuah lori yang membawa muatan kain terbakar di Km 266.4 Lebuhraya Utara Selatan di sini lewat petang tadi.

Menurut laman twitter PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik bergerak perlahan sejauh 4.5 kilometer dan lorong kiri masih ditutup bagi kerja pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setakat pukul 9.57 malam ini.

Jurucakap JBPM Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.45 petang dan segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi kejadian.

"Kami turut mengerahkan pasukan bantuan 'water tanker’ BBP Ipoh dan Kuala Kangsar bagi memadamkan api pada lori yang terbakar anggaran 80 peratus," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Bagaimanapun beliau berkata tiada mangsa dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

"Kebakaran merebak ke kawasan hutan berhampiran dan kerja-kerja pemadaman segera dilancarkan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada kira-kira pukul 11 malam," katanya.  

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel