Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKKP Perlis arah pembinaan sebuah bangunan di Bukit Chabang dihentikan


Tarikh kemaskini: 04/09/2019




KANGAR, 4 Sept  -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perlis mengarahkan pemilik sebuah bangunan yang sedang dibina di Bukit Chabang di sini supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan ekoran kejadian seorang pekerja asing yang maut setelah terjatuh dari bangunan itu kelmarin

Menurut kenyataan JKKP, dalam kejadian pada 4.45 petang Isnin itu,  seorang  pekerja warga Bangladesh  terjatuh  dari ketinggian 7.4 meter ketika sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraaan tangki air.  Mangsa yang berumur 34 tahun digegaskan ke Hospital Tuanku Fuziah tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Menurut kenyataan itu lagi satu pasukan penyiasat  telah diarah menjalankan siasatan kejadian itu.

JKKP juga mengeluarkan  dua notis larangan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2004 dan  tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang

-- BERNAMA 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel