Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Elak buat spekulasi insiden pegawai komando tertembak di Sabah - Mohamad


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





KUALA LUMPUR, 4 Sept -- Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi  berhubung insiden pegawai komando tertembak ketika gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah, hari ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Sebaliknya, orang ramai perlu menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham dan pihak kementerian merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham berhubung insiden berkenaan.

"Allahyarham, yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, AR Badul (Armaya Aman Ramlie) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada 9.20 pagi ini. 

"Saya berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pegawai tentera dari Grup Gerak Khas itu dikenali sebagai Mej Mohd Zahir Armaya, 36, meninggal dunia dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik berkenaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel