Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapangan Terbang Sandakan sedia hadapi latihan kecemasan skala besar


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





SANDAKAN, 4 Sept -- Lapangan Terbang Sandakan bersedia menghadapi latihan kecemasan berskala besar tahun hadapan selepas menjayakan latihan berskala kecil di sini hari ini.

Pengurusnya Suhaimi Abdul Sani berkata beliau berpuas hati dengan latihan yang diadakan pada hari ini dengan ketangkasan agensi terlibat untuk memberi bantuan keselamatan kepada 'mangsa’ senario latihan.

“Senario latihan ini melibatkan sebuah helikopter dinamakan ‘Guardian Air’, yang membawa empat penumpang, telah menghadapi kecemasan semasa pendaratan lalu terhempas.

"Seorang cedera parah dihantar ke hospital dengan segera, manakala yang lain cedera ringan dan ketangkasan para medik diuji untuk memberi bantuan awal di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital,” katanya kepada pemberita selepas latihan itu.

Suhaimi berkata seramai 120 peserta terlibat dalam latihan itu terdiri daripada agensi seperti Lapangan Terbang Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Hospital Duchess of Kent.

Beliau berkata latihan kecemasan berskala besar akan melibatkan sekurang-kurangnya 30 penumpang dan lebih banyak agensi bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan sebenar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel