Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengedar bawa dadah RM36,000 ditahan


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





KEPALA BATAS, 4 Sept -- Seorang pengedar dadah ditahan polis di hadapan sebuah rumah dipercayai ketika sedang menjalankan urusniaga jual beli dadah, syabu dan heroin bernilai RM36,000 di Jalan Bertam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam susulan risikan dan intipan yang dijalankan sejak dua minggu lepas.

"Hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu polis menemui 203 gram syabu dan heroin sebanyak 113 gram yang kesemuanya bernilai RM36,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk dijual di kawasan Kepala Batas dan lelaki itu menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas.

Noorzainy berkata lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel