Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah harap Kerajaan Persekutuan semak semula dasar kerajaan terdahulu


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





ALOR SETAR, 4 Sept -- Kerajaan negeri Kedah berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan untuk menyemak semula dasar diamalkan kerajaan terdahulu dalam usaha membantu negeri berpendapatan rendah tidak terbeban dengan jumlah hutang yang banyak.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek kemudahan bagi rakyat di kawasan luar bandar atau pedalaman sepatutnya ditukar kepada geran.

Beliau berkata langkah itu untuk memastikan kerajaan negeri yang berpendapatan rendah tidak terus dibelenggu hutang yang banyak.

“Sebagai contoh bagi menaik taraf loji rawatan air dan lain-lain kemudahan berkaitan, kerajaan negeri telah menanggung hutang hampir RM2 billion dan ia adalah satu jumlah yang mustahil untuk dibayar kerajaan negeri. Pendapatan kerajaan negeri sangat rendah, kita tak akan mampu bayar...sebab itulah kita mahu amalan kerajaan dahulu tidak dipraktikkan sekarang.

“Jika boleh kita mahu bayar biarlah sedikit demi sedikit secara ansuran, tapi dalam masa yang sama kerajaan perlu semak semula yang mana projek boleh dianggap hutang dan yang mana perlu dijadikan geran terutama di kawasan luar bandar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata pihaknya akan membuat perbincangan berterusan dengan beberapa menteri berkaitan termasuk Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar kerana perjumpaan dari semasa ke semasa itu penting supaya menteri berkaitan dapat memahami keadaan sebenar.

“Walaupun kita sudah berjaya kurangkan angka itu melalui rundingan dengan Kerajaan Persekutuan namun ia masih belum mencapai tahap yang boleh kita terima. Jadi saya harap Kerajaan Persekutuan dapat membuat pelarasan lagi bagi membantu kerajaan negeri," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel