Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UCYP sasar 1,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





KUANTAN, 4 Sept -- Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) menyasarkan kemasukan sehingga 1,000 pelajar luar negara ke kampusnya menjelang tahun 2030.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin berkata, sasaran ini adalah meliputi antara 10 hingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan 5,000 pelajar yang dianggar diambil oleh UCYP.

"Setakat hari ini, kita sudah mempunyai 21 pelajar luar negara iaitu dari Bangladesh dan India walaupun kita baharu menerima status kolej universiti dalam tempoh 10 bulan. 

"Bagi mencapai sasaran ini, kami akan menggiatkan lagi kolaborasi dengan pihak universiti luar, yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pelajar kami," katanya pada sidang media selepas Majlis Serahan Kunci Bangunan Akademik UCYP Kampus Utama UCYP Tanjung Lumpur di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Pengarah Urusan MMN Bina Sdn Bhd Datuk Seri Mohamed Mokhtar Nadzri.

Ahmad berkata, pihaknya juga sudah menghantar pelajar ke Jordan dan Indonesia, yang mana pihak universiti dua negara itu juga ada membuat kunjungan ke UCYP. 

"Kita juga akan ke China tidak lama lagi untuk mencari lebih ramai pelajar dan mengintai peluang untuk berkolaborasi dengan pihak universiti di sana," katanya.

Mengenai pembinaan kampus baharu itu, Ahmad optimis pembinaan bangunan akademik dan perpustakaan bernilai RM55 juta itu dapat meningkatkan keupayaan kecemerlangan akademik mereka.

Bangunan baharu itu antara lain merangkumi bilik kuliah, bilik tutorial, makmal komputer, auditorium, kafeteria dan blok pusat pelajar yang mampu menampung sehingga 1,500 pelajar dalam satu-satu masa. 

"Kita juga merancang untuk membina bangunan canselori yang menempatkan bangunan pentadbiran, dewan peperiksaan dan pusat pembelajaran pasca siswazah berdasarkan perancangan Strategi 2030 UCYP," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel