Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam cedera, bas pekerja rempuh 12 kenderaan di Sungai Petani


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





ALOR SETAR, 4 Sept  -- Pemandu dan penumbang 12 kenderaan berhadapan detik mencemaskan apabila dirempuh sebuah bas pekerja yang dipercayai mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat di Amanjaya, Sungai Petani pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzly Abu Shah berkata kemalangan yang berlaku pada 8.15 pagi itu menyebabkan enam penumpang bas itu cedera termasuk seorang parah kerana patah kaki kanan dan kesemua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Adzly berkata pemandu bas dari arah Spice Village itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh semua kenderaan disebabkan keadaan laluan yang curam dan berbukit.

“Berdasarkan siasatan awal polis, bas terbabit dipercayai mengalami masalah brek menyebabkan ia terus berlanggar dengan sebuah kereta di hadapannya menyebabkan 12 kenderaan lain yang berhenti di persimpangan itu turut berlanggaran antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat lebih kurang 46 individu dalam bas berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel