Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima lelaki ditahan kerana terlibat lumba haram kereta


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





LABUAN, 4 Sept   -- Polis menahan lima lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti lumba  haram kereta di sini. 

Penahanan itu berikutan rakaman video yang tular di laman sosial sejak semalam yang memaparkan saat perlumbaan haram itu dimulakan.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata suspek yang ditahan itu berumur antara 21 hingga 28 tahun termasuk dua yang tidak mempunyai lesen memandu kini ditahan di balai polis untuk disoal siasat.

“Pasukan penguatkuasaan trafik  yang dipimpin Inspektor Kalista Demson berjaya mengesan kesemua suspek menerusi plat pendaftaran kereta yang mereka pandu dalam perlumbaan haram itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya dan kenderaan yang digunakan  ditahan di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 dan lesen memandu  mereka dibatalkan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel