Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPKK Sabah perlu kemaskini pangkalan data profil kampung


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





TAWAU, 4 Sept  -- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Sabah perlu sentiasa mengemaskini pangkalan data profil kampung masing-masing bagi memudahkan perancangan pembangunan kampung dilaksanakan dengan lancar dan tersusun, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata.

Katanya, mereka juga perlu memastikan profil mengenai tadbir urus desa, perancangan aktiviti, pengurusan mesyuarat, akaun dan kewangan, serta permohonan geran juga dimantapkan.

“Melalui data kampung yang dikemaskini maka sudah pasti penyaluran maklumat serta perancangan pembangunan dapat dibuat dengan terancang oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Kursus Induksi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Siri 2/2019 Negeri Sabah Zon Pantai Timur, di sini, hari ini.

 Program dua hari itu telah disertai 484 orang yang terdiri dari Pengerusi dan Setiausaha MPKK dari daerah  Kunak, Semporna dan Tawau dengan mengetengahkan pelbagai isu termasuk permohonan kenaikan elaun.

Sementara itu, Sarifuddin berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, memperuntukkan sebanyak RM1.13 bilion kepada negeri Sabah tahun ini  ini berbanding RM811 juta pada tahun 2018 untuk pembangunan negeri.

Katanya, pertambahan sebanyak 40 peratus itu membolehkan lebih ramai merasai bantuan kemudahan asas yang disediakan Kerajaan Persekutuan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke JamuanĀ Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel