Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama ATB2, polis, ESSCom, APMM penting kekang ancaman luar


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





TAWAU, 4 Sept  -- Kerjasama semua organisasi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersama Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2) dituntut dalam mengekang ancaman dari dalam atau luar negara.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki berkata memperkukuh kerjasama antara agensi keselamatan menjadi matlamat utama dalam bertukar maklumat mengawal perairan serta sempadan negara khususnya di Sabah.

"Situasi sempadan okey, tetapi kita perkukuh kerjasama keselamatan bagi memantau pergerakan anasir jahat.

Anggota saya berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi, kita harap dengan adanya mereka (tentera) di sini bertugas, rakyat boleh tidur lena,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Mej Jen Datuk Zarondin Md Amin kepada pengganti baharunya Brig Jen Johari Mohd Jaafar, di Kem Kukusan di sini, hari ini.

Zarondin akan memegang jawatan baharu sebagai Asisten Panglima di Bahagian Pasukan Simpanan Tentera.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel