Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jubah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan akan dipamerkan di Kompleks Muzium Sarawak


Tarikh kemaskini: 04/09/2019





KUCHING, 4 Sept  -- Jubah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Sulong Matjeraie akan dipamerkan kepada orang awam di galeri Kompleks Muzium Sarawak yang baharu, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah.

Sulong merupakan anak Sarawak pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2012 sehingga 2013, sebelum beliau bersara wajib.

“Kita berterima kasih kepada Tan Sri kerana sudi menyerahkan jubah yang pernah dipakai oleh beliau pada ketika itu untuk pihak muzium sebagai koleksi khas.

“Selain jubah Tan Sri Panglima Sulong, jubah Datuk Sebastian Ting Chiew Yew ketika beliau menjadi Peguam Negara juga turut akan dipamerkan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2019 di sini, hari ini.

Kompleks Muzium Sarawak bernilai RM323 juta itu dijangka dibuka kepada orang awam pada Januari depan.

-- BERNAMA                   


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel