Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan pengedar dadah remaja dalam Op Sarang


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





LAHAD DATU, 5 Sept -- Polis menahan seorang remaja lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 59.93 gram dadah syabu dalam serbuan di Kampung Dasar Baru, Jalan Tengah Nipah, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata lelaki berumur 18 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah selepas berkeadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah di kampung itu pada 9.30 malam.

"Sewaktu anggota memperkenalkan diri sebagai polis, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

"Pemeriksaan lanjut pada beg silang jenama AIRWALK dipakai suspek menjumpai tiga peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 59.93 gram (RM8,989.50), selain 14 peket plastik lutsinar kosong, gunting serta pemetik api," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Nasri, suspek yang tidak bekerja dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

"Suspek tidak pernah melakukan kesalahan jenayah berdasarkan semakan rekod lampau," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel