Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Samun: polis buru tiga lelaki


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





PORT DICKSON, 5 Sept (Bernama) -- Polis sedang giat memburu tiga lelaki berusia 20 hingga 34 tahun dengan seorang daripadanya menyamar sebagai polis, bagi membantu siasatan kes samun di Jalan Taman Jimah Jaya, Site C, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dalam sidang media di sini, hari ini berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, seorang peniaga lelaki yang berumur 47 tahun, telah dihalang  oleh kereta pacuan empat roda yang dinaiki kesemua suspek ketika dalam perjalanan pulang menuju Chuah selepas keluar dari sebuah bank.

"Kesemua suspek kemudian telah turun dan masuk ke dalam kereta milik mangsa lalu mengeluarkan parang. Seorang daripada suspek dilihat memakai vest dan topi berlambang polis.

Ketika berlaku pergelutan, mangsa telah cuba melawan dan berjaya merampas parang daripada  tangan seorang daripada suspek sebelum menjerit meminta pertolongan menyebabkan kesemua suspek melarikan diri," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Najeeb Shukri di talian 011-26001274 atau 06-6472222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel