Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Samun: tiga lelaki ditahan


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





PORT DICKSON, 5 Sept -- Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki melakukan samun terhadap seorang jurujual lelaki berusia 21 tahun di Taman Indah Jaya, Lukut di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek yang berumur 32 hingga 62 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ibu pejabat Polis Daerah Port Dickson, pada pukul 9.05 malam.

“Pada Isnin lepas, mangsa telah pergi ke rumah suspek pada pukul 12 tengah hari bagi membincangkan masalah kewangan syarikat namun semasa di sana, dia telah diikat, ditampar selain barang kemas milik mangsa diambil sebelum dia dilepaskan.

“Susulan itu satu laporan telah dibuat jurujual itu pada hari yang sama pada pukul 2.30 petang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.  

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku telah menampar mangsa untuk  membuat pengakuan mengenai penyelewengan wang syarikat, malah dua daripadanya turut mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek kini direman selama lima hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Aidi Sham berkata tiga remaja lelaki berusia lingkungan 16 hingga 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah ini, 25 Ogos lepas.

Beliau berkata, kesemua suspek dengan dua daripadanya masih bersekolah diberkas di Taman Intan Perdana di sini, pada pukul 5.00 petang dan hasil siasatan mendapati kesemua suspek mencuri 11 buah motosikal dengan 10 daripadanya dilakukan di daerah ini manakala satu di Melaka.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula Isnin lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel