Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes ragut tular di Facebook, polis buru dua lelaki


Tarikh kemaskini: 05/09/2019





KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita yang membonceng motosikal suaminya di Batu 9, Cheras di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata laporan polis dibuat oleh suami wanita itu dan siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit menunggang motosikal  jenis Yamaha 135LC. 

"Dalam kejadian itu, pengadu menunggang motosikal sebelum dihampiri sebuah motosikal yang datang dari belakang, lalu meragut beg tangan isterinya.

"Pengadu cuba mengejar suspek tetapi telah hilang kawalan dan terjatuh daripada motosikal serta mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Kajang dan dirawat sebagai pesakit luar, manakala anggaran kerugian masih disiasat. 

Ahmad Dzaffir meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurfaezatul Akma di talian 017-5443931 atau balai polis berhampiran.

Hari ini tular di Facebook satu kejadian ragut yang menyebabkan seorang lelaki cedera apabila terjatuh dari motosikalnya ketika cuba mengejar dua lelaki yang meragut beg tangan isterinya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel