Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

24 delegasi ASEAN sertai persidangan APCN


Tarikh kemaskini: 06/09/2019




PORT DICKSON, 6 Sept -- Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Pusat Pengaman Malaysia julung kalinya menganjurkan persidangan ASEAN Peacekeeping Center’s Network (APCN) Ketujuh bermula Isnin lepas.

Menurut Markas ATM dalam kenyataan di sini hari ini, persidangan lima hari itu yang dihadiri 24 delegasi dari negara ASEAN, diadakan bertujuan mewujudkan rangkaian kolaborasi antara pusat latihan pengaman serantau di antara negara-negara ASEAN.

“Aktiviti persidangan APCN Ketujuh menumpukan perkara yang merangkumi ASEAN Security Architecture and Its Importance To Malaysia; Malaysian Medical Team Experience and Challenges; Action Plan for the Peacekeeping Partnership; APCN Exercise and Wayforward beyond 2024 dan Women, Peace and Security Presentation by Malaysia as ASEAN Centre Of Excellence For Gender Mainstreaming,” menurut kenyataan itu.

Persidangan dirasmikan Ketua Staf Markas ATM Left Jen Datuk Kamarulzaman Mohd Othman pada 3 Sept lepas.

Selain persidangan tersebut, peserta juga turut dibawa melawat ke sekitar Melaka dalam usaha memperkenalkan lokasi menarik di Malaysia.

Acara penutup hari ini disempurnakan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan pada acara itu, bendera penganjuran APCN diserahkan kepada Vietnam sebagai simbolik sebagai negara berkenaan yang akan menjadi hos APCN Ke-8 pada tahun depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel