Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam siasat video aksi lucah babitkan anggota


Tarikh kemaskini: 06/09/2019





KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.

“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Sejak semalam, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel