Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jelajah 360 Smart Selangor dapat sambutan menggalakkan


Tarikh kemaskini: 07/09/2019





KLANG, 7 Sept -- Jelajah 360 Smart Selangor mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan masyarakat luar bandar yang ingin melihat kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata program itu bertujuan memperkenalkan inisiatif Smart Selangor kepada seluruh penduduk negeri, terutamanya di luar bandar.

"Ini merupakan Jelajah 360 Smart Selangor siri keenam yang diadakan di Selangor dan kita akan menjelajah ke sembilan buah daerah lagi di kawasan luar bandar di Selangor," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program berkenaan di Bukit Kapar di sini hari ini.

Berkonsepkan karnival, program Jelajah 360 Smart Selangor yang mendapat kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), disasar untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat mengenai agenda Kerajaan Negeri serta mempromosi Smart Selangor.

Inisiatif Smart Selangor juga menjadi hala tuju pentadbiran kerajaan negeri kini semakin berjaya diperkenal kepada rakyat berteraskan teknologi dan “internet of things” (IoT).

MBI Selangor turut membawa trak ‘Smart Selangor Virtual Reality Simulator’ bagi memberi gambaran tentang masa depan Selangor serta wawasannya menjadi Negeri Pintar di Asia Tenggara menjelang tahun 2025.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel