Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PDRM kerjasama dengan agensi risikan asing bawa pulang rakyat Malaysia terlibat Daesh di Syria


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan agensi risikan asing bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dengan Daesh di Syria.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid berkata proses berkenaan masih berjalan dan PDRM menghadapi beberapa kekangan.

"Kami menghadapi masalah dari segi untuk melepasi kawasan di Syria yang melibatkan tiga kawalan iaitu kawalan negara itu, pakatan Amerika Syarikat dan Daesh sendiri. 

“Oleh itu, PDRM bekerjasama dengan agensi perisikan asing cuba membantu untuk bawa mereka keluar...Kita mesti bawa balik mereka kerana mereka rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua rakyat Malaysia yang berada di Syria dipercayai berada di bawah tahanan pihak tertentu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung rayuan dibuat oleh rakyat Malaysia yang ditahan di Syria dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan, yang mahu pulang semula ke dalam negara.

Muhyiddin berkata proses membawa pulang rakyat Malaysia itu mesti diteliti secara mendalam daripada aspek keselamatan.

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 39 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria berhubung dengan pihak berkuasa merayu untuk pulang ke negara ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel