Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran kecil di ruang tangga bangunan PWTC


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Satu kebakaran kecil berlaku di ruang bawah tangga tingkat satu bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya telah mengerahkan jentera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 1.36 petang tadi.

"(Anggota) Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa serta BBP Hang Tuah telah bergegas ke sana dan mendapati asap tebal keluar dari bangunan itu.

"Kebakaran hanya melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat satu dengan keluasan kebakaran dianggarkan 10x10 kaki persegi serta terbakar 10 peratus,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya kebakaran itu bagaimanapun dapat dikawal beberapa minit kemudian dan api berjaya dipadamkan pada 1.59 petang.

“Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel