Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong puas hati lawatan kerja ke Cameron Highlands


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





CAMERON HIGHLANDS, 8 Sept -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa puas hati terhadap lawatan kerja dua hari ke sini yang bermula semalam. 

Lawatan ke tanah tinggi ini adalah yang pertama sejak Al-Sultan Abdullah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan ia bukanlah tempat asing bagi Seri Paduka kerana semasa menjadi Pemangku Raja Pahang baginda kerap mencemar duli ke sini. 

Al-Sultan Abdullah bertitah menerusi lawatan itu, baginda berpeluang melihat sendiri pembangunan dan projek-projek bermasalah serta kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Kelab Golf Sultan Ahmad Shah. 

Seri Paduka bertitah kepada Bernama, rasa puas hati itu lebih terserlah apabila berpeluang beramah mesra dengan penduduk di sini termasuk masyarakat Orang Asli di Perkampungan Sungai Ruil dan pemimpin setempat hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli meninjau tapak pencerobohan tanah Sungai Ichat di Kuala Terla dan bertitah agar tindakan tidak bertanggungjawab itu dihentikan segera. 

Bagi melihat dengan lebih jelas lagi pembangunan semasa di kawasan pelancongan itu dan penerokaan haram, Al-Sultan Abdullah berkenan melakukan tinjauan udara dengan menggunakan helikopter petang ini. 

Dalam tinjauan udara itu, Seri Paduka mengagumi keindahan alam dan hutan tebal yang membekalkan gas oksigen kepada manusia sejagat. 

"Blanket of forest, ini satu amanah," titah Yang di-Pertuan Agong. 

Selari dengan titah Seri Paduka agar semua pihak mengetepikan perbezaan politik demi kemajuan serta pembangunan masyarakat, Anggota Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Noor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata Chiong Yoke Kong turut sama sepanjang dua hari lawatan kerja Al-Sultan Abdullah. 

Ramli merupakan Anggota Parlimen dari Barisan Nasional, manakala Chiong adalah wakil rakyat DAP, parti komponen Pakatan Harapan.. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel