Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat tekong bot dijumpai nelayan


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





PELABUHAN KLANG, 8 Sept -- Mayat seorang tekong bot nelayan tempatan yang dilanggar kapal dagang semalam dijumpai oleh nelayan di kedudukan kira-kira 14.2 batu nautika barat Pulau Carey pada pukul 10.10 pagi tadi. 

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim  berkata, pihaknya menerima panggilan dari pemilik bot berkenaan memberitahu bahawa mayat tekong itu telah ditemui oleh beberapa nelayan yang sedang memancing ikan di kawasan berkenaan.

"Mangsa, Chua Keng Choon, 32, telah dibawa oleh KM Danga kemudian dipindahkan ke Bot Peronda Bomba untuk dibawa ke Jeti Nelayan Tongkah.

"Mayat berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi carilamat ditangguhkan pada pukul 7.00 petang hari ini dan akan diaktifkan semula pada pukul 7.00 pagi esok bagi mencari seorang awak-awak warga Myanmar yang masih hilang.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel