Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli Kuala Koh tinggal di khemah hilangkan tekanan


Tarikh kemaskini: 08/09/2019




GUA MUSANG, 8 Sept -- Kira-kira 20 Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh membabitkan lima keluarga memilih untuk tinggal secara sementara di dalam khemah yang dibina di tepi sungai bagi menghilangkan tekanan.

Langkah itu diambil selepas mereka kehilangan beberapa anggota keluarga dalam tragedi demam campak yang berlaku beberapa bulan lepas.

Kumpulan itu mula tinggal di dalam khemah sejak kira-kira dua minggu lepas dengan membawa anak dan isteri mereka sambil mendapatkan bekalan air sungai untuk keperluan harian berikutan kesukaran mendapatkannya sejak kebelakangan ini.

Penghulu Orang Asli Kampung Kuala Koh, Mohamad Pokok, 40, berkata masyarakat Orang Asli di perkampungan itu kerap tinggal di dalam khemah selepas tragedi jangkitan kumam Mei lalu dan kali ini merupakan yang ke 11 mereka berbuat demikian namun bilangannya tidak terlalu ramai.

Beliau berkata bagaimanapun ia hanya membabitkan beberapa keluarga sahaja terutama yang kehilangan anggota keluarga ketika wabak demam campak menyerang perkampungan itu baru-baru ini.

Awal Mei lalu 15 Orang Asli suku Batek daripada kampung itu meninggal dunia manakala 112 orang lagi yang dijangkiti penyakit itu menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), Hospital Kuala Krai (HKK) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel