Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syafiq, Dhabitah sumbang emas terakhir Kejohanan Terjun Piala Asia


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Gandingan Muhd Syafiq Puteh dan Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat emas terakhir negara pada Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran.

Syafiq-Dhabitah mencatatkan 286.56 mata, mengalahkan pasangan penerjun Indonesia Andriyan Andriyan-Maria Natalie dengan kutipan 226.62 mata untuk pingat perak.

Gandingan Macau Tang Hio Fong-Choi Sut Kuan yang mengutip 182.25 mata pula menang gangsa.

Terdahulu, dua penerjun negara iaitu Hanis Nazirul Jaya Surya dan Jellson Jabillin gagal meraih kedudukan podium bagi acara 10m platform individu lelaki, selepas masing-masing sekadar berada di tangga keempat dan kelima.

Dalam acara itu, penerjun dari Singapura Jonathan Chan meraih pingat emas dengan kutipan 407.90 mata mengejutkan penerjun dari China, Wang Zewei yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak mengumpul 393.45 mata.

Penerjun dari Korea Utara Ri Kwon Chok pula meraih gangsa dengan jumlah mata 347.25.

Berikutan kemenangan itu, Jonathan berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Terdahulu, Malaysia menambah satu lagi slot ke Olimpik menerusi Nur Dhabitah yang berjaya meraih emas acara 3m papan anjal individu wanita hari ini.

Piala Asia yang disertai 11 negara melabuhkan tirainya hari ini, dengan Malaysia berada di tangga teratas dengan kutipan enam pingat emas, lima perak dan dua gangsa.

China yang hanya menghantar tiga penerjun meraih tiga emas, manakala Korea Utara, Singapura dan Jepun masing-masing mengutip satu emas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel