Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembenihan awan akan dilakukan segera sekiranya keadaan atmosfera sesuai


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengurangkan kesan jerebu di negara ini terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sarawak akan segera dilaksanakan sekiranya keadaan atmosfera sesuai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui MET Malaysia sudah berada dalam keadaan siapsiaga untuk melaksanakan OPA dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Namun operasi hanya akan dilakukan sekiranya keadaan atmosfera berada dalam keadaan yang sesuai… MET Malaysia sentiasa memantau keadaan itu dari semasa ke semasa dan akan segera melaksanakan OPA apabila keadaan sesuai,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kemungkinan untuk berlaku hujan lebat di Malaysia, selain Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang ketika ini berlaku peningkatan bilangan titik panas, adalah rendah dalam tempoh seminggu yang akan datang. 

Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa memakai penutup muka, serta turut dinasihatkan untuk minum air yang banyak dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini.

Maklumat dan ramalan cuaca terkini daripada MET Malaysia boleh diperoleh melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel