Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas penolong jurulatih Kelantan meninggal dunia


Tarikh kemaskini: 08/09/2019





KOTA BHARU, 8 Sept (Bernama) -- Bekas penolong jurulatih Kelantan Shamsudin Awang, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Gunong, Bachok, pada pukul 7.15 petang tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Hussin Deraman ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan perkara berkenaan.

"Mengikut maklumat awal Allahyarham meninggal disebabkan serangan jantung, selain turut mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan malam ini, di kampung halamannya dan KAFA  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya.

Sementara itu, KAFA dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shamsudin yang lebih dikenali panggilan Che Din Gunong atau Soud dalam kalangan penggiat bola sepak tempatan.

KAFA dalam kenyataan sama berkata Allahyarham merupakan antara jurulatih, yang pernah bekerjasama rapat dengan persatuan tersebut suatu ketika dahulu.

"Allahyarham juga pernah berada dalam barisan kejurulatihan skuad Piala Belia Kelantan, bersama seorang lagi jurulatih, Allahyarham Abdul Rahim Ahmad, pada 2002 dan 2003.

"Sepanjang pembabitan dalam bola sepak, Allahyarham Shamsudin beraksi selaku penyerang negeri bersama rakan seangkatannya seperti Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Yassin Mohd Noor.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel