Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





KUALA LUMPUR, 8 Sept  --  Polis memberi amaran kepada penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ untuk tidak mengubahsuai motosikal tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

“Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku... ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.

“Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju... kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya? Ini akan datangkan musibah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui menjalani Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Duta di sini, malam ini.

Mengulas mengenai operasi malam ini Mohd Nadzri berkata 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi yang bermula sejak Selasa sehingga malam ini, dan menurutnya dalam tempoh itu juga, 18 pemandu berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan kerana positif dadah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel