Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rimau 7S juara Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Antarabangsa Chang di Thailand


Tarikh kemaskini: 09/09/2019




KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Skuad ragbi tujuh sebelah Malaysia memperoleh suntikan semangat baru untuk mengekalkan pingat emas pada Sukan SEA Filipina 2019 pada November ini selepas muncul juara kategori Piala, Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Antarabangsa Chang di Stadium Bang Bon di Bangkok, Thailand.

Ia merupakan gelaran juara yang kedua bagi pasukan yang dikenali dengan nama 'Rimau 7s' selepas menjuarai Piala Asia Ragbi 7s di Jakarta, Indonesia, bulan lepas.

Dalam final hari ini Rimau 7s membelasah Awesome Rugby Club dengan 26-5, menurut Thailand Rugby Union dalam catatan Facebooknya.

Terdahulu pasukan Malaysia menumpaskan Thai Air Force (24-10) dalam saingan suku akhir dan Singapura dengan 26-7 dalam saingan separuh akhir.

Untuk rekod, Rimau 7s mara ke suku akhir selepas memenangi semua empat perlawanan awal dalam Kumpulan A.

Mereka membelasah pasukan Singapore Wanderers dengan 38-0, DAC Lao Nagas (43-0), Thai Police (31-10) dan Wangderm Club (40-10).

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian delam kejohanan dua hari yang bermula semalam itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel