Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hasrat beli Hilux murah tidak kesampaian


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





KUANTAN, 9 Sept -- Hasrat seorang mekanik untuk memiliki kenderaan pacuan empat roda tidak kesampaian apabila Toyota Hilux yang ingin dibelinya pada harga RM20,000 di laman sosial, tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, seorang lelaki berusia 37 tahun mendakwa telah membayar RM17,060 bagi mendapatkan kenderaan itu. 

Mangsa mendakwa telah berurusan dengan seorang lelaki berusia 31 tahun berdasarkan maklumat yang tertera pada iklan jual beli kenderaan itu, yang dibacanya di laman sosial pada 14 Ogos lepas. 

"Mangsa mendakwa pembayaran dilakukan dengan menggunakan mesin deposit tunai secara berperingkat bermula 15 hingga 21 Ogos lalu ke dalam akaun suspek namun tidak dimaklumkan perkembangan urusan jual beli. 

Keadaan itu menyebabkan mangsa meminta pertolongan daripada rakan-rakannya untuk mencari suspek, yang dijumpai di sebuah rumah di Raub sebelum mangsa datang bersemuka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa suspek mengugut akan memanggil kongsi gelap untuk mengejarnya apabila diminta memulangkan wang yang telah dibayar. 

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel