Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masjid disaran lakukan solat sunat Istisqa bagi kurangkan masalah jerebu


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





KUALA LUMPUR, 9 Sept -- Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang.

Untuk tujuan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata pihaknya memohon kerjasama pentadbir agama Islam negeri.

"Jakim memohon jasa baik dan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri di seluruh Malaysia supaya meminta semua masjid di bawah pentadbiran masing-masing melaksanakan solat sunat Istisqa bagi tujuan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nordin berkata tiga masjid utama di bawah Jakim iaitu Masjid Negara di sini serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan melakukan solat sunat itu selepas solat Isyak malam ini.

Beliau menjemput orang ramai untuk hadir menjayakannya.

Menurut Mohamad Nordin, syor mengadakan solat sunat itu dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel