Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





KUALA LUMPUR, 9 Sept -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis yang bermula pada pukul 3 petang itu dihadiri kira-kira 3,000 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, duta-duta asing, pegawai kanan kerajaan serta penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan musikal oleh orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pasangan diraja itu turut berkenan meluangkan masa hampir 45 minit bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan.

Majlis itu diakhiri dengan acara memotong kek oleh Seri Paduka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel