Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH peruntuk dana RM1.6 juta perkasa wanita di N. Sembilan


Tarikh kemaskini: 09/09/2019





SEREMBAN, 9 Sept -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Power House Wanita Gemilang (PH Gem) menyediakan dana RM1.6 juta untuk memperkasa dan membangunkan wanita di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata PH Gem adalah inisiatif PH Negeri Sembilan bagi melatih dan melahirkan lebih ramai golongan wanita yang berkemahiran dan berkepimpinan.

"Oleh itu, kita mesti menggunakan dana ini untuk memastikan bahawa wanita diberi peluang untuk bersaing. Kita juga berharap dengan ini wanita diberi peranan yang lebih besar.

"Semua program inisiatif PH Gem ini diurus 100 peratus oleh wanita, manakala pengisian program mesti menepati syarat iaitu meliputi bidang pendidikan, kesihatan, alam sekitar, ekonomi dan kebajikan," katanya kepada Bernama selepas majlis penutup program kelas bakeri anjuran Pertubuhan Wanita Berdaya Negeri Sembilan di Taman Delima, Rantau dekat sini, hari ini.

Turut hadir, pengerusi Pertubuhan Wanita Berdaya Negeri Sembilan yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Rembau A. Bathmavaty dan Ketua PKR Cabang Rembau R. Tangam.

Mengulas lanjut Nicole Tan berkata peruntukan disediakan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Seremban, Kuala Pilah dan Tampin dipilih sebagai daerah perintis sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain.

"PH Gem bertujuan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berkemahiran. Sesiapa sahaja atau badan bukan kerajaan yang berminat dan ingin terlibat dalam program itu boleh berjumpa saya dan boleh memohon melalui program PH GEM yang bukan sahaja dapat meningkatkan dari segi ekonomi, kebajikan sosial malah alam sekitar, pendidikan dan pelbagai sektor lain," katanya.

Pada majlis itu, Nicole Tan turut menyampaikan sijil kepada 16 orang peserta yang tamat mengikuti kelas membuat dan menghias kek di mana kelas itu adalah di bawah inisiatif PH Gem.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel