Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemudi kutuk pihak ugut bunuh wartawan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KOTA BHARU, 10 Sept  -- Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu, yang mengugut wartawan Berita Harian (BH) ekoran pendedahan berita yang dibuatnya beberapa hari lalu.

Presiden Kemudi Azran Fitri Rahim berkata tindakan pihak tersebut amat tidak bertamadun dan tidak seharusnya berlaku dalam dunia hari ini, kerana ruang turut disediakan seluas-luasnya untuk menjawab kembali pendedahan yang dibuat.

"Justeru, Kemudi menggesa pihak berkuasa supaya melakukan siasatan dan mengambil tindakan segera, terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan dan tindakan berat harus dikenakan terhadap pengugut bagi memberikan pengajaran kepada yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, BH mengesahkan seorang daripada wartawannya menerima ugutan bunuh, susulan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar terbabit.

Azran berkata pihaknya berharap ugutan tersebut tidak mematahkan semangat wartawan terbabit, untuk terus membuat pendedahan dan menghasilkan karya yang terbaik untuk pembaca.

"Wartawan adalah suara rakyat untuk kebaikan semua," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel