Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal terkandas di kepulauan Kalampunian rosakkan batu karang


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KOTA KINABALU, 10 Sept  -- Para pemain industri pelancongan di sini meminta pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan termasuk menjalankan kerja-kerja pemulihan batu karang berhampiran perairan Kudat selepas ianya rosak akibat sebuah kapal kargo terdampar di situ.

Kapal kargo tempatan itu terkandas di perairan Pulau Kalampunian pada pagi Ahad disebabkan kerosakan pada sistem navigasi mereka.

Pengasas Bluefin Surf and Dive, Ivan Tan dalam satu kenyataan hari ini berkata insiden tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada batu karang.

“Ia telah menwujudkan satu terusan baru. Saya rasa mereka tidak terkena tapak selaman yang dikenali sebagai ‘Nemo Point’, namun kejadian tersebut telah menyebabkan kerosakan batu karang di kawasan berkenaan,” katanya dan menambah beliau dan beberapa penyelam telah ke kawasan tersebut memeriksanya semalam.

Pada pagi Ahad, Tan yang pada masa itu membawa beberapa pelancong untuk melakukan aktiviti snorkeling terkejut melihat kapal tersebut di kawasan perairan yang cetek.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pernah berlaku sekitar tahun 70-an atau 80-an tetapi impak kerosakan kejadian kali ini adalah lebih teruk terhadap baru karang dan penyu.

“Kami berharap agar kerja-kerja pemilihan dapat dilakukan di kawasan terjejas kerana ia akan mengambil masa lima ke 10 tahun untuk membesar,” katanya.

Pulau itu merupakan sebahagian daripada Taman Tun Mustapha seluas 898,762.76 hektar yang mempunyai pelbagai biodiversiti unik yang menjadi habitat kepada satu siri yang kompleks dan berkait.

Taman tersebut juga menempatkan spesis yang hampir pupus seperti penyu Agar (Green Turtle) dan juga dugong.

Pengerusi Persatuan Pemuliharaan Penyu Kudat Sofia Johari berkata, berdasarkan kepada kajian Universiti Malaysia Sabah, kawasan terjejas itu merupakan kawasan penting dalam melindungi Penyu Agar dan Penyu Karah (Hawksbill).

“Kerosakan kepada kawasan tersebut boleh menyebabkan impak serius kepada populasi penyu laut di kawasan tersebut dan juga yang berasal dari kawasan lain di rantau ini,” katanya.

Mengikut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Kudat, Komander Boon Chin Chau, satu laporan telah diterima pada 5.10 pagi mengenai kapal tersebut yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Kemaman, Terengganu, telah mengalami kerosakan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel