Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Era80 bantu mangsa kebakaran di Pasir Pekan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019




KOTA BHARU, 10 Sept -- Persatuan bekas-bekas pemain bola sepak Kelantan era 80-an (Era80) tampil memberi bantuan kepada penghuni empat buah rumah yang terbakar di Kampung Padang Pohon Tanjung, Pasir Pekan, Tumpat bulan lepas.

Timbalan Presiden Era80 Adnan Che Yusoff berkata bantuan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) persatuannya dengan kerjasama CIMB Foundation.

"Kami prihatin terhadap mangsa kebakaran dan memberikan bantuan wang tunai untuk meringankan bebanan yang perlu ditanggung oleh mangsa kebakaran terbabit.

"Ia adalah platfrom untuk kami membalas jasa masyarakat yang selama ini memberikan sokongan kepada sukan bola sepak di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Pada 28 Ogos lalu, penghuni empat buah rumah di kampung terbabit tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka hangus terbakar.

Adnan berkata bantuan itu turut melibatkan pelatih-pelatih akademi Bola Sepak Era80 bagi melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kejadian.

"Pelatih kami rata-ratanya berasal dari Tumpat dan program ini adalah pendedahan untuk membentuk disiplin pemain di luar padang.

"Bantuan kecil ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mangsa untuk menjalani kehidupan harian sebelum memperoleh rumah baharu dan kembali stabil," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel