Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan enam warga Indonesia menyusup masuk Tawau


Tarikh kemaskini: 10/09/2019




TAWAU, 10 Sept -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan enam lelaki warga Indonesia, yang menyusup masuk menggunakan laluan tidak diwartakan menerusi Sungai Melayu, Pulau Sebatik dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata enam lelaki, terdiri daripada juragan dan lima penumpangnya ditahan pada 9.30 pagi, oleh anggota yang menjalankan rondaan serta pemeriksaan rutin di kawasan tanggungjawab.

"Pemeriksaan mendapati juragan bot berumur 26 tahun itu, mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi lima penumpang yang lain terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 hingga 49 tahun, gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, bot dan kesemua suspek di bawa ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, kerana disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Dalam pada itu katanya, Maritim Malaysia akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang di Sabah dapat dibanteras dan dikurangkan.

Menurutnya, sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel