Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Town hall platform terbaik PBT rancang pembangunan daerah bersama komuniti


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUALA PILAH, 10 Sept  -- Penganjuran sesi ‘town hall’ pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama masyarakat merupakan platform terbaik dalam usaha melibatkan komuniti setempat dalam memacu aspek perancangan dan pembangunan sesebuah daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata penganjuran sesi town hall bersama komuniti setempat itu dilihat mampu memberi peluang kepada masyarakat memberi pandangan dan cadangan kepada PBT dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada masyarakat.

"Sesi town hall ini melibatkan wakil penduduk, peniaga, pelabur dan pemimpin akar umbi… Ini merupakan platform terbaik dalam kita memberi ruang kepada masyarakat untuk mengutarakan masalah mereka, daripada sesi ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin terhadap pandangan selain nasib yang rakyat hadapi.

"Bagi pihak kerajaan kita amat terbuka dalam perkara ini walaupun ada cadangan yang terpencil tetapi kita perlu ambil kira apa yang disampaikan oleh masyarakat supaya kita dapat perbetul dan meningkatkan penyampaian kita kepada rakyat," katanya kepada Bernama selepas sesi Town Hall Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) bersama peniaga Bandar Kuala Pilah Fasa 1 di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith dan Yang Dipertua MDKP Shahrul Nizam Salleh.

Beliau berkata selepas sesi town hall bersama MDKP, sesi berkenaan akan diperluaskan lagi ke daerah lain bagi mengumpul seberapa banyak keluhan yang dihadapi rakyat supaya PBT dapat membangunkan sesebuah daerah dan menyampaikan perkhidmatan berkualiti demi kesejahteraan orang ramai.

"Kita nak lihat lebih ramai masyarakat melibatkan diri dalam sesi ini dan membantu kerajaan negeri dalam membuat keputusan bersama," katanya.

Penganjuran sesi town hall bersama MDKP antaranya bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan peranan serta perancangan PBT kepada komuniti, memberi kesedaran berkaitan peranan kepada komuniti setempat dalam menyokong penyampaian perkhidmatan PBT dan penyampaian maklumat perancangan serta pelaksanaan pelan Kuala Pilah Idaman kepada semua peniaga dalam kawasan Bandar Kuala Pilah.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel