Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Presiden sebuah NGO Sabah dituduh pecah amanah


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KOTA KINABALU, 10  Sept – Presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah menyalahgunakan harta secara tidak jujur berjumlah RM34,000.

Tertuduh, Jismit Japong, 54, iaitu presiden Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) dan Mohd Hafiz Anuar, 36, yang hanya bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta secara tidak jujur iaitu wang tunai berjumlah RM34,0000 dari akaun RHB Bank milik Mohd Hafiz.

Kesemua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di RHB Bank, Blok B Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu pada Mei 2012 hingga Julai 2012.

Bagi pertuduhan itu kedua-dua tertuduh didakwa mengikut 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Faliq Basiruddin yang mengendalikan pendakwaan itu menawarkan jaminan RM15,000 dan dikenakan syarat-syarat tambahan terhadap tertuduh.

Tertuduh, Jismit yang diwakili peguam PJ Perira dan tertuduh Mohd Hafiz yang tidak diwakili peguam dalam rayuannnya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan kedua-duanya mempunyai tanggungan anak.

Hakim Abu Bakar kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 serta seorang penjamin tempatan dan perlu melapor diri di pejabat SPRM dua bulan sekali dan pasport di serahkan kepada pihak mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel