Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tradisi hidup aman damai perlu dikekalkan demi pembangunan negara


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KOTA KINABALU, 10 Sept  -- Rakyat di negeri ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan tradisi hidup dalam suasana aman dan damai demi kemajuan serta kesejahteraan negara.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang berkata dengan meraikan kepelbagaian kaum dan agama, ia dapat menyatukan rakyat dan dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu seperti kita berkongsi sama harapan, impian dan matlamat, hidup dengan aman dan damai.

"Doa kita akan menjadi asas yang kukuh untuk perpaduan dan membawa kita kepada Malaysia yang bersih, selamat dan makmur,” katanya pada program Doa Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Kuil Sri Pasupathinath, Bukit Padang di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Cawangan Sabah Datuk Dr K Mathavan, Presiden Persatuan Kimaragan Sabah Datuk Baintin Adun, Presiden Pertubuhan Kinabalu Singh Sabah Datuk Dr Jaswant Singh, Presiden Kuil Sri Pasupathinath Kota Kinabalu Brig Jen (B) Datuk A Arulpragasm dan Presiden Persatuan Bumiputera Kristian Sabah Pastor Jelin Wandak.

Jannie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan menyifatkan penganjuran program itu akan membantu kerajaan mengukuhkan lagi perpaduan negara.

"Ia boleh menjadi satu pendekatan baharu dalam menggalakkan penyertaan semua etnik,” katanya dan menambah ia merupakan pendekatan yang boleh meningkatkan kefahaman antara agama dan perpaduan dalam membina Malaysia yang lebih makmur.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel