Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Lahad Datu rampas petrol cuba diseludup keluar


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





LAHAD DATU, 10 Sept  -- Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak ke negara jiran, selepas menemui 180 liter petrol dalam sembilan tong yang ditanam di kawasan pesisiran pantai Kampung Sibahat, Felda Sahabat dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata atas maklumat Unit Risikan Marin (URM) pihaknya telah memeriksa kawasan itu dan menemui sembilan tong yang berisi petrol tersebut yang dianggarkan bernilai RM437.40.

"Tong yang ditemui itu disyaki disembunyikan sebelum diseludup ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan.

Sementara itu pada hari sama, di Tawau, dua lelaki warga asing berusia 29, dan 37 tahun ditahan, ketika memancing di kawasan Simpang 3 Sungai Serudong pada 10.45 pagi, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, selain bot yang digunakan adalah tidak berdaftar.

"Suspek dan bot dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963", katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel