Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SAS umum pengagihan pendapatan interim pertama 2.40 sen seunit


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KOTA KINABALU, 10 Sept  -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan interim pertama Saham Amanah Sabah (SAS) bagi tahun 2019 sebanyak 2.40 peratus atau 2.40 sen seunit yang diperoleh daripada pendapatan kasar berjumlah RM36,017,587 setakat 6 September lepas.

Beliau berkata jumlah itu menghasilkan kadar pulangan pendapatan sebanyak 7.41 peratus berdasarkan nilai aset bersih SAS pada 2 Januari lalu iaitu RM0.3240 dengan membabitkan wang tunai sejumlah RM29,552,976.

Menurut Mohd Shafie jumlah bersih itu adalah berdasarkan kepada bilangan unit SAS yang dipegang oleh para pelabur sebanyak 1,231,374 pada 6 Sept 2019.

“Ini merupakan langkah yang cukup baik dan saya yakin ini menampakkan keupayaan SAS diurus dengan baik dan juga pada masa akan datang. Walaupun menghadapi masalah ekonomi, tetapi SAS mampu mengurus dengan memberikan dividen 2.4 peratus.

“Jumlah itu cukup memuaskan walaupun dalam kekangan ekonomi yang tidak menentu bukan hanya pasaran tempatan dan luar negara tetapi keupayaan saham Sabah mengagihkan dividen ini cukup menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan dividen tersebut di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.

Mohd Shafie yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah berkata pengagihan pendapatan interim itu akan dibayar kepada 50,264 pelabur terdiri daripada 42,746 atau 85.04 peratus pelabur individu, pelabur dibawah skim Projek Pembangunan Rakyat Termiskin 7,317 (14.56 peratus), pelabur melalui pinjaman 151 (0.30 peratus) dan pelabur korporat 50 (0,10 peratus.

Beliau berkata sejak beroperasi 25 tahun lepas, SAS telah mengagihkan pendapatan tunai sebanyak 22 kali melibatkan pembayaran sejumlah RM643,231,647 atau 90.57 sen seunit atau 90.57 peratus termasuk pengagihan berbentuk unit pelaburan semula pada kadar 0.40 sen seunit (0.40 peratus).

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel